Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w

Khutbah ini disampaikan pada 9 hb.
Zulhijjah Tahun 10 Hijriyyah
di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak ku
katakan.

Aku tidak mengetahui
apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu semua
selepas tahun ini. Oleh itu,

dengarlah dengan teliti
kata-kataku ini dan
sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak
dapat hadir di sini pada hari
ini.

Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini,
dan kota ini sebagai suci,
maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang Muslim
sebagai amanah yang suci.

Kembalikanlah harta yang
diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang
berhak.

Janganlah kamu
sakiti sesiapa pun yang
menyakiti kamu pula.

Ingatlah
sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan kamu, dan Dia
pasti membuat perhitungan di
atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan
riba,

oleh itu segala urusan
yang melibatkan riba
dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap
syaitan demi keselamatan
agama kamu.

Dia telah
berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam
perkara-perkara besar maka
berjaga-jagalah supaya kamu
tidak mengikutinya dalam
perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana
kamu mempunyai hak atas para
isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak di atas kamu.
Sekiranya mereka
menyempurnakan hak mereka ke
atas kamu,

maka mereka juga
berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih
sayang. Layanilah wanita-
wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya
mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia.

Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali
tidak boleh memasukkan orang
yang tidak kamu sukai ke
dalam rumah kamu dan
dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-
kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah sembahang lima
kali sehari, berpuasalah di
bulan Ramadhan dan
tunaikanlah zakat dari harta
kekayaan kamu.

Kerjakanlah
ibadah haji sekiranya kamu
mampu. Ketahuilah setiap
Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain.

Kamu semua
adalah sama; tidak ada
seorangpun lebih mulia dari
yang lainnya kecuali dalam
taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu
hari untuk
dipertanggungjawabkan di
atas apa yang telah kamu
kerjakan.

Oleh itu, awasilah
agar jangan sesekali kamu
terkeluar dari landasan
kebenaran selepas
ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi
Nabi atau Rasul yang akan
datang selepasku dan tidak
akan lahir agama baru. Oleh
itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah
kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara,
yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan
tersesat selama-lamanya.
Itulah Al-Quran dan
Sunnah ku.

Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku
menyampaikannya pula kepada
orang lain dan hendaklah
orang lain itu
menyampaikannya pula kepada
orang lain.

Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-
kataku dari mereka yang
mendengar terus dariku.

Saksikanlah ya Allah,
bahawasanya telah aku
sampaikan risalah Mu kepada
hamba-hambaMu."

~Bagaimana? Jangan baca dengan
tergesa-gesa akan tetapi fahamkan
setiap apa yang diperkatakan oleh
Baginda nabi muhammad s.aw.
Selamat membaca dan selamat
beramal. ASSALAMUALAIKUM~

Ulasan

Catatan Popular