Ketahuilah wahai saudara ku
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK
DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang
bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan
jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu
tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul
Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda
bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh
Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa
membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi
tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah
kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat
tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang
siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya
dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan
kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak
dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu
dianggap orang yang tidak mengerjakan solat.
Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan
dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk.”
Ulasan
Catat Ulasan