HALAMAN HADIS

(ASSALAMUALAIKUM)

~ingin SAYA BErkongsi serba-sedikit mengenai hadis- hadis Baginda s.aw. yang boleh diguna pakai dalam kehidupan seharian kita ini...insya,allah~

=Daripada Anas bin Malik r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Menuntut ilmu itu adalah
wajib ke atas setiap Muslim."
(Riwayat Ibnu Majah)

Muslim Adalah
Bersaudara.

Daripada Abdullah bin Umar
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Seseorang Muslim adalah
bersaudara kepada seorang
Muslim yang; ia tidak
menzaliminya dan tidak
menghinanya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kerana Mulut Badan
Binasa.

Daripada Huzaifah bin al-
Yaman r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang
yang menyebar
fitnah." (Riwayat Muslim)

Bersahabatlah Dengan
Mereka Yang Baik.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Seseorang insan adalah
terikut-ikut dengan adat
kebiasaan sahabatnya. Maka
hendaklah kamu melihat
dengan siapa kamu
bersahabat." (Riwayat al-
Hakim)

Berwudhuk Dan Bersiwak
Sebelum Solat.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sekiranya aku tidak
menyusahkan umatku, aku akan
perintahkan umatku
berwudhuk pada setiap kali
bersolat dan bersiwak pada
setiap kali berwudhuk."
(Riwayat Ahmad)

Jalan Yang Berlainan.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Jalan ke syurga dibentangi
dengan perkara yang tidak
disukai manakala jalan ke
neraka dibentangi dengan
syahwat." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Selalu Beringat Tentang
Nikmat.

Daripada Abdullah bin Abbas
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Dua nikmat yang ramai
manusia terpedaya dengannya
iaitu kesihatan dan
kelapangan." (Riwayat al-
Bukhari)

Perlu Malu.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Malu adalah sebahagian
daripada iman dan iman
adalah di syurga." (Riwayat
al-Tirmizi)

Golongan Yang Dibenci.

Daripada Abdullah bin Umar
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tiga golongan yang tidak
dipandang Allah pada hari
kiamat; penderhaka ibu,
penagih arak, dan orang yang
suka menyebut
pemberiannya." (Riwayat al-
Hakim)

Amalan Yang Kekal.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Apabila mati anak Adam, maka
terputuslah daripadanya
amalannya melainkan tiga
perkara; sedekah jariah, ilmu
yang bermanfaat dan anak
yang soleh yang
mendoakannya." (Riwayat al-
Tirmizi)

Bakhil Itu Buruk.

Daripada Jabir
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Takutilah sifat bakhil dan
haloba.

Sesungguhnya ia
memusnahkan golongan yang
sebelum kamu. Ianya
mendorong mereka
menumpahkan darah dan
menghalalkan perkara yang
diharamkan." (Riwayat Muslim)

Antara Rupa Paras Dan
Hati.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak
melihat kepada jasad atau
rupa bentuk kamu tetapi
Allah melihat kepada hati-
hati kamu." (Riwayat Muslim)

Jauhi Sifat Benci-
Membenci.

Daripada Aisyah
r.ha. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Insan yang paling dibenci
oleh Allah ialah orang yang
amat keras
permusuhannya." (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Muslim Dengan Muslim.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Setiap Muslim ke atas Muslim
yang lain adalah diharamkan
darahnya, hartanya dan
kehormatannya." (Riwayat
Muslim)

Jangan Lekas Pergi
Sesudah Bersolat.
Berdoalah.

Daripada Muaz bin Jabal r.a.
beliau berkata:
"Rasulullah mengambil
tanganku pada suatu hari
lalu berkata: 'Wahai Muaz!
Demi Allah, sesungguhnya aku
mengasihi engkau." Muaz
berkata: 'Aku sanggup menebus
diri engkau dengan ayah dan
ibuku wahai Rasulullah dan
demi Allah aku juga mengasihi
engkau.' Maka Rasulullah
berkata: 'Aku berwasiat
kepada engkau janganlah
kamu meninggalkan pada
setiap selesai solat untuk
mengatakan 'Ya Allah!
Bantulah aku untuk
mengingati-Mu, bersyukur
kepada-Mu dan beribadat
dengan lebih baik kepada-
Mu'" (Riwayat Abu Daud dan
Al-Nasa'i)

Biarpun Dengan Sepotong
Ayat.

Daripada Abdullah bin Amr
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sampaikanlah daripadaku
walaupun satu ayat dan
ceritakanlah mengenai Bani
Israel. Tiada sebarang
kesempitan dosa." (Riwayat
al-Bukhari)

Ketahui Apa Itu Kebaikan
Dan Dosa.

Daripada al-Nawwas bin
Sam'an r.a. beliau berkata:
"Aku bertanya kepada Nabi
Muhammad s.a.w tentang
kebaikan dan dosa, lalu
baginda menjawab: 'Kebaikan
adalah akhlak yang baik
manakala dosa itu ialah apa
yang berbolak-balik di dalam
dada engkau dan engkau tidak
gemar manusia mengetahuinya."
(Riwayat Muslim)

Mengingati Kematian.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Perbanyakkanlah mengingati
pemusnah kelazatan
(mati)" (Riwayat al-Tirmizi dan
al-Nasa'i)

Ibu Segala Kejahatan.

Daripada Abdullah bin Abbas
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Hindarkanlah diri daripada
arak, sesungguhnya ia adalah
pembuka segala kejahatan."
(Riwayat al-Hakim)

Sikap Kasar Perlu
Dijauhi.

Daripada Abu Hurairah r.a.
Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Mencarut adalah sejenis
sikap kasar. Manakala sikap
kasar balasannya ialah
neraka." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Sabar Dalam Menghadapi
Ujian.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang Allah kehendaki
kepadanya kebaikan nescaya
Allah mengujinya." (Riwayat
al-Bukhari)

Anjuran Supaya Banyak
Bersedekah.

Daripada Abdullah bin al-
Syikhir r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Wahai anak Adam! Adakah
kamu memiliki daripada harta
kamu melainkan apa yang
engkau makan lalu engkau
menghabiskannya, atau engkau
memakainya lalu
melusuhkannya, atau engkau
bersedekah lalu engkau
mengekalkannnya (pada hari
pembalasan)." (Riwayat
Muslim)

Ciri-Ciri Orang Munafik.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tiga petanda orang munafik;
apabila bercakap dia
berbohong, apabila berjanji
dia memungkirinya, apabila
diberi amanah dia
mengkhianatinya." (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Ujian Kaum Lelaki.

Daripada Usamah bin Zaid
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Aku tidak meninggalkan
selepasku satu ujian yang
lebih dahsyat daripada
terpedayanya kaum lelaki
terhadap kaum
wanita." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Merantau Itu
Mematangkan Kita.

Daripada Ibn Umar
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Jadilah kamu di dunia ini
seperti seorang pengembara
atau perantau di
jalanan." (Riwayat al-
Bukhari)

Pabila Diri Dicurigai.

Daripada Aisyah
r.ha. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya manusia yang
paling buruk kedudukannya di
sisi Allah ialah orang yang
ditinggalkan oleh manusia
kerana khuatir (risau dengan
kejahatan dirinya)." (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Penghapus Dosa.

Daripada Abu Said al-Khudri
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tidak menimpa seorang Mukmin
suatu penyakit yang
berpanjangan, kepayahan,
sebarang jenis kesakitan, dan
kesedihan malahan
kedukacitaan melainkan
dihapuskan sebahagian dosa-
dosanya." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Amalkan Perlakuan Yang
Baik.

Daripada Abu Umamah al-
Bahili r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Perbuatan-perbuatan yang
baik melindungi serangan
jahat." (Riwayat al-Tirmizi
dan Ahmad)

Al-Quran Perlu Kita
Belajar Dan Mengajar.

Daripada Uthman bin Affan
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Orang yang terbaik daripada
kalangan kamu ialah orang
yang pelajari Al-Quran dan
mengajarkannya." (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Bersilaturahmi.

Daripada Anas bin Malik
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang inginkan
rezekinya diluaskan dan
dipanjangkan usianya, maka
jalinkanlah hubungan
silaturahim (dengan
ihsan)." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Latih Supaya Bersabar.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Bukanlah orang gagah itu
orang yang kuat bertinju
tetapi orang yang gagah
adalah orang yang dapat
mengawal diri daripada
marah." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Jauhi Sifat Tamak.

Daripada Mu'awiyah bin Abu
Sufyan r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Mohonlah perlindungan
dengan Allah daripada
ketamakan yang menjadi
tabiat." ( Riwayat Ahmad dan
al-Hakim)

Tidak Menunjuk-Nunjuk.

Daripada Abu Umamah al-
Bahili r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Bersedekah secara sembunyi
memadam kemarahan
tuhan." (Riwayat al-Tabrani)

Mengingati Pesakit Dan
Jenazah, Pertingkatkan
Ibadah.

Daripada Abu Said al-Khudri
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Ziarahlah pesakit dan
iringilah jenazah, nescaya ia
boleh mengingatkan kamu
kepada akhirat." (Riwayat al-
Haithami)

Sabar Itu Satu Anugerah.

Daripada Abu Said al-Khudri
r.a Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Seseorang itu tidak
dikurniakan suatu pemberian
yang lebih baik dan lebih
luas daripada
sabar." (Riwayat al-Bukhari)

Padah Takabbur.

Daripada Abdullah bin Mas'ud
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk syurga orang
yang terdapat di dalam
hatinya walau sebesar zarah
perasaan takabbur." (Riwayat
Muslim)

Mencintai Kemewahan Itu
Satu Keburukan.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Binasalah hamba kepada
dinar dan dirham dan hamba
kepada kain tebal yang
berbulu dan kain bercorak
(ghairah dengan kemewahan
dan kesenangan), sekiranya
diberikan kepadanya ia
meredhai sekiranya tidak ia
tidak meredhai." (Riwayat al-
Bukhari)

Ikhtiarlah Untuk
Berubat.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Allah tidak
menurunkan suatu penyakit
melainkan Allah menurunkan
penyembuh untuknya." (Riwayat
al-Bukhari)

Kenapa Perlu Berterima
Kasih?

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang tidak berterima
kasih kepada manusia, ia tidak
bersyukur kepada Allah."
(Riwayat al-Tirmizi)

Jangan Bermuka-Muka.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Kamu mendapati antara
manusia yang terjahat adalah
yang 'bermuka dua', ia
mendatangi kelompok ini
dengan satu wajah dan
mendatangi kelompok yang lain
dengan wajah yang lain."
(Riwayat

Berpada-Pada Dalam
Bergembira.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu banyak
tertawa kerana ia mematikan
hati kamu." (Riwayat Ibn
Majah)

Tanpa Belas Kasihan.

Daripada Jarir bin Abdullah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang tidak
mengasihani manusia, nescaya
Allah Azzawajalla tidak
mengasihaninya." (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Rezeki Yang Terhalang.

Daripada Thauban
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya seseorang
insan terhalang daripada
mendapat rezeki akibat dosa
yang dilakukan." (Riwayat Ibn
Majah)

Apa Itu Sedekah?

Daripada Jarir bin Abdullah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Setiap kebaikan adalah
sedekah." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Ilmu Dan Ibadat.

Daripada Sa'ad bin Abu Waqas
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Kelebihan ilmu lebih aku
sukai daripada kelebihan
ibadat. Kebaikan dalam agama
kamu ialah warak." (Riwayat
al-Hakim)

Perhatikan Mata Kita.

Daripada Ibn Abbas
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Dua mata yang tidak
disentuh oleh api neraka;
mata yang menangis kerana
takutkan Allah dan mata yang
berjaga malam mengawal
jalan Allah." (Riwayat al-
Tirmizi)

Fitnah Terhadap Umat.

Daripada Ka'ab bin Iyadh
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya bagi setiap
umat terdapat
'fitnah' (kesesatan dan
maksiat). Dan 'fitnah'
terhadap umatku ialah pada
harta." (Riwayat al-Tirmizi)

Apabila Jamal
Berkelakuan Seperti
James.

Daripada Abdullah bin Umar
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang meniru suatu
kaum yang lain maka dia
adalah daripada kaum itu."
(Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Tidak Perlu Menganiaya
Sesama Makhluk.

Daripada Abdullah bin Abbas
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Takutilah doa orang yang
dizalimi, sesungguhnya tiada
hijab di antaranya dengan
Allah." (Riwayat al-Bukhari)

Bersaudara Perkara Baik.

Daripada Jabair bin Mu'tim
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tidak masuk ke syurga
pemutus silaturahim."
(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Persefahaman Dalam
Pergaulan Adalah
Sesuatu Yang Penting.

Daripada Anas bin Malik
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Permudahkanlah, janganlah
menyusahkan, tenangkanlah
dan janganlah melakukan
sesuatu yang menyebabkan
orang menjauhkan diri
daripada kamu." (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Usah Asyik Bergelak.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sekiranya kamu mengetahui
apa yang aku ketahui nescaya
kamu kurang ketawa dan
banyak menangis." (Riwayat
al-Bukhari)

Memberi Ucapan Yang Baik
Kepada Orang Mati.

Daripada Aisyah
r.ha. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Janganlah kamu mencela
orang yang telah mati,
sesungguhnya balasan amalan
mereka telah disampaikan."
(Riwayat al-Bukhari)

Berjemaah Di Masjid
Punyai Sinar Yang Mampu
Memecah Ruang
Kegelapan.

Daripada Buraidah bin al-
Aslami r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Berilah khabar gembira
kepada mereka yang berjalan
di dalam gelap menuju ke
masjid dengan cahaya yang
sempurna pada hari
kiamat." (Riwayat Abu Daud
dan al-Tirmizi)

Perbanyakkan Selawat.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Orang yang berselawat ke
atasku sekali, Allah
berselawat ke atasnya
sepuluh kali." (Riwayat
Muslim)

Rebut Peluang Untuk
Menuntut Ilmu.

Daripada Abu Darda'
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya para ulama
adalah pewaris para nabi.
Nabi-nabi pula tidak
mewariskan dinar dan dirham.
Mereka mewariskan ilmu. Siapa
yang mengambilnya ia telah
mendapat bahagian yang
banyak dan sempurna."
(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi,
Ibn Majjah dan Ibn Hibban)

Sembahyanglah Kamu
Sebelum Kamu
Disembahyangkan.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya amalan
pertama seorang hamba yang
dihisab pada hari kiamat
adalah solatnya." (Riwayat
Abu Daud dan al-Tirmizi)

Berkebajikan Di Masjid.

Daripada Uthman bin Affan
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mendirikan
masjid kerana Allah, nescaya
Allah binakan untuknya rumah
di syurga." (Riwayat Muslim)

Buang Sikap "Sahur
Sebelum Tidur".

Daripada Anas bin Malik
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Bersahurlah! Sesungguhnya
terdapat padanya
keberkatan." (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Islam Kembali Asing.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Islam bermula dalam keadaan
terasing. Ia akan kembali
asing seperti permulaannya.
Maka, berbahagialah untuk
orang yang
terasing." (Riwayat Muslim)

Kenapa Perlu Ke Masjid?
Kenapa Bukan Pasar?

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Tempat yang paling disukai
oleh Allah ialah masjid.
Tempat yang paling dibenci
oleh Allah ialah pasar."
(Riwayat Muslim)

Sebarkan Ilmu Yang
Bermanfaat.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang ditanya tentang
ilmu yang diketahui, kemudian
dia menyembunyikannya, dia
akan dikekang dengan
kekangan daripada api neraka
pada hari kiamat." (Riwayat
Abu Daud dan al-Tirmizi)

Galakan Untuk Mengingati
Dan Memuji Allah.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Dua kalimah yang ringan
dilisan tetapi berat di mizan
yang disukai oleh Ar-Rahman;
Maha Suci Allah dan segala
puji-pujian untuk-Nya, Maha
Suci Allah Yang Maha Agung -
Subhanallahiwabihamdihi &
Subhanallahiladzhim." (
Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Wahai Para Pemimpin,
Pimpinlah Kamu Dengan
Amanah.

Daripada Thauban, khadam
kepada Rasulullah
s.a.w, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya perkara yang
aku takuti ke atas umatku
ialah para pemimpin yang
sesat." (Riwayat Abu Daud dan
al-Tirmizi)

Ziarah Mereka Yang Sakit.

Daripada Thauban, khadam
kepada Rasulullah
s.a.w, Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Orang yang menziarahi orang
yang sakit sentiasa
berpeluang memungut
ganjaran dari syurga
sehinggalah dia pulang."
(Riwayat Muslim)

Bersyukur Secara
Muhasabah.

Daripada Abu Hurairah
r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Lihatlah kepada orang yang
lebih bawah daripada kamu
dan janganlah kamu melihat
orang yang lebih tinggi
daripada kamu; ianya lebih
wajar, agar kamu tidak
memperkecilkan nikmat
Allah." (Riwayat Muslim)

Ingatlah Lima Perkara.

Daripada Abdullah bin Abbas
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Rebutlah lima perkara
sebelum lima perkara; muda
sebelum engkau tua, sihat
sebelum engaku sakit, kaya
sebelum engkau miskin, lapang
sebelum engkau sempit dan
hidup sebelum engkau
mati." (Riwayat al-Hakim)

Kebersihan Satu
Tuntutan.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Allah itu cantik dan Allah
itu sukakan
kecantikan." (Riwayat al-
Tirmizi dan Muslim)

Berdoalah Kepada Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Keadaan paling dekat antara
seorang hamba dengan
Rabbnya adalah ketika ia
sedang bersujud." (Riwayat
Muslim)

Mencari Harta Yang Halal
Sahaja.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Orang yang paling menyesal
pada hari kiamat ialah orang
yang memperoleh harta
daripada sumber yang tidak
halal lalu menyebabkan
mereka masuk ke dalam
neraka." (Riwayat Bukhari)

Saling Menutup Aib.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Sesiapa sahaja yang
menyembunyikan (aib) seorang
Muslim, maka Allah akan
menyembunyikan (aibnya) di
dunia dan di akhirat. Allah
akan menolong seorang hamba
yang gemar menolong
saudaranya." (Riwayat Muslim)

Bersegera Menunaikan
Solat.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Bumi (tanah) itu dijadikan
untukmu sebagai tempat sujud
(solat) dan sebagai alat
bersuci. Maka, siapa pun dari
kalangan umatku yang
mendapati waktu solat,
hendaklah ia mengerjakan
solat." (Riwayat Bukhari)

Tutuplah Auratmu Wahai
Muslimah.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Wahai Asma, apabila sudah
mengalami tanda kedewasaan
(haid), bahagian tubuhnya
tidak boleh dilihat kecuali
ini dan ini (muka dan tapak
tangan)." (Riwayat Abu Daud)

Para Muslimah,

Kalian
Tidak Perlu Memakai
Wangian Yang Terlalu
Kuat.
Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Wanita yang memakai haruman
dan kemudian keluar rumah
lalu melewati di hadapan muka
orang ramai supaya mereka
dapat menghidu baunya, maka
dia penzina." (Riwayat Abu
Daud dan al-Tirmizi)

Dandanan Bagi Yang
Bergelar Lelaki Dan
Perempuan.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Dandanan untuk lelaki
adalah baunya dapat dihidu
tetapi warnanya tersembunyi,
sedangkan dandanan bagi
wanita adalah yang warnanya
nampak, namun baunya
tersembunyi." (Riwayat al-
Tirmizi)

Berkumpul Kerana
Perkara Kebaikan Itu
Membawa Manfaat.

Rasulullah s.a.w bersabda
dalam hadis Qudsi yang
bermaksud:

"Allah S.W.T telah berfirman
yang bermaksud: Patutlah
menerima kasih sayang-Ku
bagi orang yang berkumpul
kerana Aku." (Riwayat al-
Tabrani)

Bersedekah Kepada Diri
Sendiri.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Jangan menggangu (menyakiti)
orang lain itu juga
merupakan sedekah kamu,
kepada diri kamu
sendiri." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Mengapa Perlu Bergesa?

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Sifat cermat itu daripada
Allah, sifat gopoh itu
daripada syaitan." (Riwayat
al-Tirmizi)

Apakah maksud ghibah?

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Ghibah/mengumpat itu ialah
apabila kamu menyebut perihal
saudaramu dengan sesuatu
yang dibencinya." (Riwayat
Muslim)

Luasnya Makna Sedekah.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

" 'Setiap orang Islam itu
bersedekah. Kemudian Baginda
ditanya: 'Kalau tidak ada
benda yang hendak
disedekahkan?' Sabda Nabi
Muhammad s.a.w: 'Kalau dia
mahu bekerja, maka akan
bermanfaat baginya dan dia
boleh bersedekah.' Ditanya
lagi: 'Bagaimana pula halnya
apabila dia tidak sanggup?'
Bersabda Nabi Muhammad
s.a.w: 'Menyeru kepada
perbuatan baik.' Ditanya lagi:
'Bagaimana kalau dia tidak
dapat melakukannnya?'
Bersabda Nabi Muhammad
s.a.w: 'Menahan dirinya
sendiri daripada perbuatan
buruk, maka itu pun
merupakan sedekah.' " (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Berbuat Baik Kepada Ibu
Bapa.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim
r.a. katanya:
"Seseorang datang kepada
Rasulullah s.a.w lalu dia
bertanya: 'Kepada siapakah
aku lebih berhak terhadap
manusia untuk berbuat baik
kepadanya?' Nabi s.a.w
bersabda: 'Kepada ibumu.' Dia
bertanya lagi; 'Kemudian
kepada siapa?' Baginda s.a.w
bersabda: 'Kepada ibumu.' Dia
bertanya lagi: 'Kemudian
kepada siapa?' Baginda s.a.w
bersabda: 'Kepada ibumu.' Dia
bertanya lagi: 'Kemudian
kepada siapa?' Baginda s.a.w
bersabda: 'Kepada bapamu.'
(Riwayat Imam Muslim)

Pesanan Buat Mereka
Bergelar Jemaah Solat
Jumaat.

Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mandi pada
hari Jumaat seperti mandi
Junub (mandi sunat Jumaat),
kemudian pergi di waktu pagi
ke tempat sembahyang Jumaat
maka pahalanya seperti
pahala berkorban seekor
unta gemuk. Barangsiapa
siapa pergi waktu kedua,
pahalanya seperti pahala
berkorban seekor lembu dan
barangsiapa pergi waktu yang
ketiga, maka pahalanya
adalah seperti ia berkorban
seekor kibas yang bertanduk.
Manakala orang yang pergi
waktu keempat, maka
pahalanya adalah seperti ia
berkorban seekor ayam dan
mereka yang pergi pada waktu
kelima, maka pahalanya
seolah-olah berkorban
sebutir telur. Apabila imam
telah datang, maka hadirlah
semua malaikat untuk
mendengar." (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim)

Ayuh Berjihad.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Seorang pejuang adalah
orang yang berjuang melawan
hawa nafsunya dan orang
yang berhijrah adalah orang
yang meninggalkan apa yang
dibuang Allah." (Riwayat al-
Baihaqi)

Bila Dunia Hendak
Ditinggalkan.

Daripada Abu Said al-Khudri
r.a. ia berkata:
"Aku telah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda:

'Ajarkanlah orang yang
hampir mati dalam kalangan
kamu 'Lailahaillallah', maka ia
masuk syurga.'" (Riwayat Abu
Daud dan al-Hakim)

Hadiah Kepada Orang
Yang Telah Mati Daripada
Orang Yang Masih Hidup.

Daripada Ma'qil bin
Yasar Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Bacakanlah atas orang mati
kamu surah Yasin." (Riwayat
Ahmad)

Bantulah Saudara Islam
Kita Yang Kesusahan.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Barangsiapa menjamu orang
mukmin dan membantu sesuatu
keperluannya, maka Allah
akan memberikan khidmat
seseorang khadam kepadanya
di syurga." (Riwayat Abu
Ya'la)

Lagi, Tuntutan Saling
Bantu Mereka Yang
Kesusahan.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Allah S.W.T sentiasa
membantu hamba-Nya selagi
hamba itu masih menolong
saudaranya." (Riwayat al-
Tabrani)

Elaklah Untuk Berbohong.
Daripada Ibn Mas'ud r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Jagalah dirimu daripada
sifat dusta, sebab dusta itu
sama dengan kecurangan dan
kedua-dua sifat ini akan
dihumbankan ke dalam api
neraka." (Riwayat Abu Daud)

Pergaduhan Boleh
Membawa Kepada Bunuh-
Membunuh.

Daripada Anas r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Jika dua orang Muslim
bertemu dengan pedang
masing-masing, maka si
pembunuh dan orang yang
terbunuh kedua-duanya masuk
neraka." (Riwayat Ibn Majah)

Buang Sikap Ego Dalam
Perkelahian.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Janganlah kamu putus-
memutuskan hubungan,
belakang-membelakangi,
benci-membenci, hasut-
menghasut. Hendaklah kamu
menjadi hamba Allah yang
bersaudara satu sama lain
(yang Muslim) dan tidaklah
halal bagi (setiap) Muslim
mendiamkan saudaranya lebih
daripada tiga hari." (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)

Rasuah Membawa Padah.

Daripada Aisyah r.ha.
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Allah melaknat pemberi dan
penerima rasuah dalam
hukuman." (Riwayat Ahmad dan
Abu Daud)

Usah Kau Ratapi
Pemergiannya.

Daripada Umar bin al-
Khattab bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda yang
bermaksud:

"Mayat itu diseksa di dalam
kuburnya kerana
diratapi." (Riwayat al-Bukhari
dan Muslim)

Bukan Masanya Untuk
Bertangguh Lagi.

Daripada Umar bin al-
Khattab r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Taubat hamba akan diterima
selama belum dengkur
kerongkongnya (yakni roh
akan keluar dari
tubuhnya)." (Riwayat al-
Tirmizi)

Jagalah Kedua Orang Tua
Kita Walau Usia Mereka
Telah Pun Lanjut.

Daripada Syaiban daripada
Abu Awwanah daripada Sahal
daripada ayahnya daripada
Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Hina,hina,hina" Rasulullah
s.a.w ditanya: 'Siapakah dia
wahai Rasulullah?' Baginda
menjawab: 'Orang yang
meninggalkan ibu bapanya
sewaktu usia lanjut, samada
salah satu atau kedua-
duanya, dia tidak masuk
syurga." (Riwayat Muslim)

Melentur Buluh Biar
Daripada Rebungnya.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Suruhlah anak-anak kamu
mengerjakan sembahyang
apabila mereka tiba umur
tujuh tahun dan pukullah
mereka apabila mereka
berumur sepuluh tahun dan
asingkan antara mereka
daripada tempat tidur
masing-masing." (Riwayat Abud
Daud)

Hak-Hak Muslim Dengan
Muslim Yang Lain.

Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Hak seorang Muslim terhadap
Muslim lainnya ada enam
perkara. Kalangan sahabat
bertanya: 'Apakah dia wahai
Rasulullah?' Baginda s.a.w
menjawab: 'Jika bertemu
dengannya, hendaklah kamu
memberi salam. Jika dia
mengundangmu, hendaklah
kamu memenuhi undangannya.
Jika dia meminta nasihat,
hendaklah kamu
menasihatinya. Jika dia bersin
dan mengucapkan
'Alhamdulillah ', hendaklah
kamu mendoakannya. Jika dia
sakit, hendaklah kamu
menjenguknya. Dan jika dia
mati, hendaklah kamu
menghantar jenazahnya ke
kubur." (Riwayat Muslim)

Memberi Senyuman Tanda
Bertegur-Sapa.

Daripada Jabir r.a. katanya
dia mendengar Rasulullah
s.a.w bersabda yang
bermaksud:

"Siapa yang tidak mempunyai
sifat ramah-tamah, bererti
dia tidak mempunyai
kebaikan." (Riwayat Muslim)

Sunat Makan Sedikit
Sebelum Bersolat Hari
Raya Aidilfitri Manakala
Untuk Hari Raya
Aidiladha Sunat Makan
Selepas Bersolat.

Daripada Anas r.a. berkata:
"Nabi s.a.w tidak berangkat
(solat) pada Hari Raya
Aidilfitri sebelum Baginda
memakan buah kurma dan
Baginda memakannya dengan
buah yang ganjil." (Riwayat
al-Bukhari dan Ahmad)

Bukan Sekadar Berilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda
yang bermaksud:

"Manusia mendapat azab
paling keras pada hari kiamat
adalah orang alim yang tidak
mendapat manfaat daripada
ilmunya." (Riwayat al-Tabrani
dan Baihaqi)

Manfaatkan Masa Dengan
Perkara Berfaedah.

Daripada Anas r.a. berkata
bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Antara tanda kiamat ialah
sedikit ilmu,

banyak kejahilan, berlaku banyak
penzinaan, ramai kaum
perempuan dan sedikit kaum
lelaki sehingga seorang
lelaki akan mengurus lima
puluh orang perempuan."
(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)

Rebut Peluang Untuk
Mengajar Benda Yang
Baik.

Daripada Abu Umamah al-
Bahili r.a. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah,
malaikat dan ahli (penduduk)
langit dan Bumi; hinggakan
semut di dalam lubang dan
juga ikan paus (meliputi
seluruh haiwan di darat dan
di laut) mendoakan kebaikan
ke atas orang yang mengajar
perkara yang baik kepada
manusia." (Riwayat al-Tirmizi)

Ulasan

Catatan Popular