BERTUAH LAH KAMU KERANA KAMU SEORANG WANITA

1)Rasulullah bersabda,'Dunia ini
adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita solehah'.
(HR Muslim).

2)Dari Aisyah ra yang menceritakan;
Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah
yang paling besar haknya ke atas
seorang perempuan?". Jawab Nabi;
"Suaminya". Aku bertanya lagi;
"Siapakah yang paling besar haknya
ke atas seorang lelaki?". Jawab
Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

3)Pada suatu hari seorang wanita
bernama Zainab yang bergelar
Khatibatin-nisa’ telah menemui
Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku
telah diutus oleh kaum wanita
kepada engkau. Jihad yang
diwajibkan oleh Allah ke atas kaum
lelaki itu, jika mereka luka parah,
mereka mendapat pahala. Dan jika
mereka gugur pula, mereka hidup
disisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki. Manakala kami kaum
wanita, sering membantu mereka.
Maka apakah pula balasan kami
untuk semua itu?"

4)Bersabda Rasulullah SAW:
"Sampaikanlah kepada sesiapa yang
engkau temui daripada kaum wanita,
bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI
SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah
menyamai pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah, TETAPI
SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN
KAMU YANG DAPAT
MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar
dan Ath-Thabrani)

5)Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seorang wanita redha atas
kehamilannya dari suaminya yang
sah, sesungguhnya ia telah
mendapat ganjaran pahala seperti
ibadah puasa dan mengerjakan
ibadah-ibadah lainnya dijalan
Allah; dan jika ia merasa berat,
letih atau lesu, tidaklah dapat
dibayangkan oleh penghuni langit
dan bumi, betapa kesenangannya
disediakan oleh Allah di hari
akhirat nanti. Apabila anaknya
lahir, maka dari setiap teguk air
susu yang dihisap oleh anak, si ibu
mendapat kebajikan pahala. Apabila
si ibu berjaga malam (kurang tidur
kerana anak) maka si ibu mendapat
ganjaran pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba
sahaya kerana Allah.” (HR Ibn
Hibban)

6)Seorang perempuan datang
bertanya kepada Rasulullah SAW
serta menerangkan katanya: “
Sesungguhnya sepupuku meminangku,
maka sebelum aku berumah tangga ,
ajarkanlah kepadaku, apakah hak
suami terhadap isterinya?
Rasulullah SAW menjawab: “
Sesungguhnya hak suami terhadap
isterinya sangatlah besar,
sehingga apabila mengalir darah
hidung atau nanah suaminya, lalu
dijilat isterinya, masih belum
terbayar hak suaminya itu. Dan
jika sekiranya manusia dibolehkan
sujud kepada manusia, nescaya aku
perintahkan si isteri untuk sujud
kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

7)Rasul Allah bersabda, "Jika
seorang suami memanggil isterinya
datang ke katilnya (iaitu untuk
hubungan kelamin) dan dia menolak,
dan menyebabkan suaminya tidur
dalam kemarahan, malaikat-
malaikat akan mengutuknya hingga
waktu pagi. (HR Bukhari)

8)Nabi saw. bersabda, ”Jika
seorang suami itu memanggil
isterinya kerana berhajat
kepadanya, maka pergilah kepadanya
walaupun ketika itu dia sedang
membakar roti.” (Diriwayatkan oleh
Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

9)Nabi saw. bersabda, ”Seorang
isteri itu belum menunaikan hak
Allah selagi dia tidak menunaikan
hak suaminya, jika suami berhajat
kepadanya sedangkan dia berada di
belakang tunggangan, maka
janganlah dia
menolak.” (Diriwayatkan oleh al-
Thabarani)

10)"... perempuan yang solehah
mestilah taat dan memelihara
kehormatan dirinya ketika ketiadaan
suaminya dengan perlindungan
Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

11)Rasulullah bersabda,, “Dan
sebaik-baik wanita ialah mereka
yang boleh mengembirakan engkau
apabila kamu melihatnya, dan yang
mentaati kamu apabila kamu
menyuruhnya, dan dia memelihara
maruah dirinya dan harta engkau
ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i,
Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

12)Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud : “Aku melihat ke dalam
Syurga maka aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah
fuqara’ (orang-orang fakir) dan
aku melihat ke dalam Neraka maka
aku menyaksikan kebanyakan
penghuninya adalah wanita.” (Hadis
Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

13)Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah
tidak akan melihat kepada wanita
yang tidak mensyukuri apa yang ada
pada suaminya dan tidak merasa
cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

14)Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita
yang meminta cerai pada suaminya
tanpa sebab (yang syar’ie) maka
haram baginya mencium wangi
Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud
dan At-Tirmizi )

15)Dalam hadis yang lain,
Rasulullah s.a.w menjelaskan
tentang wanita penghuni Neraka,
baginda bersabda : “ … dan wanita-
wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya mereka telanjang,
melenggak-lenggokkan kepala
mereka kerana sombong dan
berpaling dari ketaatan kepada
Allah dan suaminya, kepala mereka
seakan-akan seperti bunggul unta.
Mereka tidak masuk Syurga dan
tidak mendapatkan wanginya Syurga
padahal wanginya boleh didapati
dari jarak perjalanan sekian dan
sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan
Ahmad)

16)Di dalam kisah solat gerhana
matahari, Rasulullah s.a.w. dan
para sahabatnya melakukan solat
gerhana padanya dengan solat yang
panjang , Rasulullah s.a.w melihat
Syurga dan Neraka. Ketika beginda
melihat Neraka beginda bersabda
kepada para sahabatnya: “ … dan
aku melihat Neraka maka tidak
pernah aku melihat pemandangan
seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah
kaum wanita. Para sahabat pun
bertanya : “Mengapa (demikian)
wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w
menjawab : “Kerana kekufuran
mereka.” Kemudian ditanya lagi :
“Apakah mereka kufur kepada
Allah?” Baginda menjawab : “Mereka
kufur terhadap suami-suami mereka,
kufur terhadap kebaikan-
kebaikannya. Kalaulah engkau
berbuat baik kepada salah seorang
di antara mereka selama waktu yang
panjang kemudian dia melihat
sesuatu pada dirimu (yang tidak dia
sukai) nescaya dia akan berkata :
‘Aku tidak pernah melihat
sedikitpun kebaikan pada dirimu.’
” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

17)Ketika beginda selesai
berkhutbah hari raya yang
berisikan perintah untuk bertakwa
kepada Allah s.w.t. dan anjuran
untuk mentaatiNya. Baginda pun
bangkit mendatangi kaum wanita,
baginda menasihati mereka dan
mengingatkan mereka tentang
akhirat kemudian baginda bersabda :
“Bersedekahlah kamu semua. Kerana
kebanyakan kamu adalah kayu api
Neraka Jahanam!” Maka berdirilah
seorang wanita yang duduk di
antara wanita-wanita lainnya yang
berubah kehitaman kedua pipinya,
dia pun bertanya : “Mengapa
demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu
banyak mengeluh dan kamu tidak
taat terhadap suami.” (Hadis
Riwayat Al- Bukhari)

18)Rasulullah bersabda, "Apabila
seorang isteri menjaga solat lima
waktu, berpuasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan taat
kepada suaminya, maka ketika
berada di akhirat dikatakan
kepadanya: Masuklah kamu ke dalam
syurga dari pintu mana saja yang
kamu suka". (HR Ahmad)

19)Nabi bersabda , “Mana-mana
perempuan yang meninggal dunia
dalam keadaan suaminya redha
padanya, maka dia akan masuk
syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Ulasan

Catatan Popular