50 CIRI DAN TANDA ORANG MUNAFIQ

Banyak perkara yang boleh
menjerumuskan seseorang ke dalam sifat
kemunafikan. Antaranya, berikut
disenaraikan 50 ciri dan tanda orang
munafiq tersebut:

1. Lupa Kepada Allah SWT
Orang-oang munafiq sering mengingati
sesuatu kecuali Allah SWT. Dalam fikiran
dan batin mereka tidak pernah terlintas
untuk mengingat (zikir) Allah SWT,
kecuali sebagai suatu helah penipuan
sahaja.

2. Mempercepat Solat Agar Segera
Selesai
Mereka (orang2 munafik) adalah orang
yang mempercepatkan solat tanpa ada
rasa khusyuk sedikit pun. Tidak ada
ketenangan dalam mengerjakannya, dan
hanya sedikit mengingat Allah SWT di
dalamnya. Fikiran dan hatinya tidak
menyatu. Dia tidak menghadirkan
keagungan, kehebatan, dan kebesaran
Allah SWT dalam solatnya.
Hadis Nabi SAW: “Itulah solat orang
munafik…lalu mempercepat empat
rakaat (solatnya).”

3. Malas Beribadah Kepada Allah SWT
Firman Allah SWT: “…Dan apabila
mereka berdiri untuk solat, mereka
berdiri dengan malas…” (An-Nisa’: 142)
Jika orang munafik pergi ke masjid/
surau, dia menyeret kakinya seakan-
akan terbelenggu rantai. Oleh kerana itu,
ketika sampai di dalam masjid/surau dia
memilih duduk di shaf yang paling akhir.
Dia tidak mengetahui apa yang dibaca
imam dalam solat, apa lagi untuk
menyemak dan menghayatinya.

4. Melalaikan Solat Fardu
Firman Allah SWT: “ Maka
kecelakaanlah bagi orang-orang solat,
(iaitu) orang-orang yang lalai dari
solatnya.” (SurahAl-Ma’un : ayat 4-5)

5 Meninggalkan Solat Jumaat
Rasulullah SAW ketika baginda sedang
berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:
“Hendaklah orang-orang yang suka
meninggalkan Jumaat menghentikan
perbuatan mereka itu, atau adakah
mereka mahu Allah membutakan hati
mereka dan sesudah itu mereka betul-
betul menjadi orang yang lalai?” (Hadis
Riwayat Muslim r.a.)

6. Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu segar, kuat,
mempunyai waktu terluang dan tidak
memiliki uzur syari’i, namun tidak mahu
mendatangi masjid/surau ketika
mendengar panggilan azan, maka
saksikanlah dia sebagai orang munafik.

7. Menghina Nabi dan Sahabat
Rasullullah SAW
Termasuk dalam kategori
Istihzaa’ (berolok-olok) adalah
mempersendakan hal2 yang disunnah
Rasulullah SAW dan amalan-amalan
lainnya. Orang yang suka memperolok-
olok dengan sengaja hal-hal seperti itu,
Jatuh Kafir.
Firman Allah SWT : “…Katakanlah:
‘Apakah dengan Allah SWT, Ayat-Ayat-
Nya, dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-
olok?’ Tidak usah kamu minta maaf,
kerana kamu kafir sesudah beriman…”
(At-Taubah: 65-66)

8. Mengubah Dan Menyalahguna Ayat-
Ayat Allah
Menggunakan dalil dan ayat Al-Quran
untuk kepentingan diri semata-mata.
Menjadi perosak agama di atas nama
agama.

9. Mempersenda Kesucian Agama
Perbuatan mempersenda kesucian Allah
dan agama Islam adalah suatu yang
amat dibenci dan dilarang dalam Islam
kerana ianya seolah-olah menentang
sesuatu yang diturunkan Allah.

10. Bersumpah Dengan Selain Nama
Allah SWT
Dan dalam hadis Ibnu Umar radhiallahu
‘anhuma; “Sesiapa bersumpah dengan
nama selain Allah, maka dia telah
berbuat syirik.” (Hadis riwayat Imam
Ahmad)
Dalam hadits lain, Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa
bersumpah demi amanat, maka dia tidak
termasuk golonganku.” (Hadis riwayat
Abu Daud)

11. Sombong Diantara Sesama Manusia
Orang2 munafik selalu sombong dan
angkuh dalam berbicara. Mereka
banyak cakap dan suka memfasih-
fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara,
mereka akan selalu mengawalinya
dengan bila ungkapan menakjubkan
yang meyakinkan agar nampak seperti
orang mulia, hebat, berwawasan luas,
mengerti, berakal, dan berpendidikan.
Padahal, pada hakikatnya dia tidak
memiliki kemampuan apa pun. Sama
sekali tidak memiliki ilmu bahkan lagi
terserlah kemunafikannnya.

12. Riak
Berbuat sesuatu atau meninggalkan
sesuatu kerana selain daripada Allah
SWT dikategorikan sebagai riak. Apabila
bersama orang lain dalam suatu majlis,
dia nampak zuhud dan berakhlak baik,
demikian juga pembicaraannya. Namun,
jika dia seorang diri, dia akan
melanggar hal-hal yang diharamkan
Allah SWT.

13. Melampaui Batas Yang Telah
Digariskan Oleh Allah
Perbuatan yang menurut kehendak nafsu
sehingga boleh tersesat dan menyesatkan
pada jalan yang benar sebagaimana
Yahudi dan Nasrani.

14. Suka Berbantah Dan Bertengkar
Sesama Muslim
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila
bertengkar (berbantah), dia melampau.”

15. Fitnah
Menyampaikan keburukan orang lain di
kalangan orang ramai supaya mereka
membenci atau memusuhinya. Membuat
laporan tanpa fakta dan usul periksa
serta mengada-adakan cerita. Ia juga
tergolong dalam sifat-sifat munafik dan
dosa-dosa besar.

16. Mencaci Maki
Tidak berhikmah di dalam berkata-kata
dan dalam menyampaikan dakwah.
Menggunakan kata-kata kesat terhadap
orang lain terutama yang tidak
bersependapat dengannya.
Firman Allah SWT: “…mereka mencaci
kamu dengan lidah yang tajam, sedang
mereka bakhil untuk berbuat
kebaikan…” (Al-Ahzab: 19)

17. Mengumpat
Berkata dan menyampaikan sesuatu
keburukan orang lain yang tidak benar
adalah berdosa kerana ia berupa fitnah.
Akan tetapi berkata tentang keburukan
orang lain yang benar tetap juga
mendapat dosa iaitu dosa mengumpat.

18. Hasad Dengki
Tidak senang dengan kejayaan orang
lain. Tidak senang juga jika sesuatu
kejayaan itu terhasil di tangan orang
lain dan bukan oleh tangannya sendiri.

19. Dusta
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan
Imam Ahmad Musnad dengan sanad
Jayid: “Celaka baginya, celaka baginya,
celaka baginya. Iaitu seseorang yang
berdusta agar orang-orang tertawa.”
Di dalam kitab Shahihain (Shahih
Bukhari dan Muslim), Rasulullah SAW
bersabda: “Tanda orang munafik ada 3,
salah satunya adalah jika berbicara dia
dusta.”

20. Mungkir Janji
Sabda Rasulullah SAW: “Tanda orang
munafik ada 3: jika berbicara dia dusta,
jika berjanji dia ingkar, dan jika
dipercaya (diberi amanat) dia
berkhianat.” (HR. Bukhari dan Muslim)

21. Bakhil
Orang2 munafik sangat bakhil dalam
masalah2 kebajikan. Mereka
menggenggam tangan mereka dan tidak
mahu bersedekah atau menginfakkan
sebahagian harta mereka untuk
kebaikan, padahal mereka orang yang
mampu dan berkecukupan.

22. Mengungkit Kembali Pemberian
Kepada Seseorang Dan Menyakiti
Hatinya.
Mengungkit kembali pemberian kepada
orang lain dengan harapan dikenang
jasa dan sumbangannya serta ingin
menyakiti hati orang lain. Perbuatan ini
dicela didalam Islam bahkan
menghilangkan pahala ikhlas.

23. Enggan Berjihad Di Jalan Allah
SWT
“Kalau kamu melakukan perdagangan
dengan riba, hanya menjadi penternak-
penternak dan gembira hanya dengan
bertani saja dan meninggalkan jihad
(perjuangan) maka Allah akan
menimpakan kehinaan atasmu. Kamu
tidak dapat melucutkan kehinaan itu
sehingga kamu kembali kepada Ad
dienmu.” (HR. Abu Dawud dan Ibnu
Majah)

24. Menyembunyikan Ilmu
Pengetahuan
Orang-orang yang memiliki ilmu dan
apabila ditanya orang lain sedang dia
mengetahui persoalan yang ditanyakan
itu tetapi tidak menjelaskannya. Ini
merupakan perbuatan yang menghalang
kemajuan ummat Islam dan dapat
menutup kebenaran.

25. Mengkhianati Sesuatu Amanah
Diberi amanah tetapi menyalahgunakan
kuasa dan mengkhianati amanah.
Sabda Rasulullah SAW: “Dan apabila
berjanji, dia berkhianat.” Sesiapa
memberikan janji kepada seseorang,
atau kepada isterinya, anaknya,
sahabatnya, atau kepada seseorang
dengan mudah kemudian dia
mengkhianati janji tersebut tanpa ada
sebab uzur syar’i maka telah hinggap
pada dirinya salah satu tanda
kemunafikan.

26. Ghasab
Ghasab ialah mengambil atau menguasai
harta (tanah) orang lain dengan jalan
aniaya, iaitu jalan yang tidak diredhai
Islam. Perbuatan ini walaupun dengan
mengambil cuma sedikit, adalah
termasuk perbuatan dosa besar dan
munafik.

27. Memakan Harta Anak Yatim
Orang yang mengambil dan
menggunakan harta anak yatim serta
orang yang tidak amanah di dalam
mentadbir harta anak yatim.
Berselindung di atas nama pemegang
amanah akan tetapi menggunakan harta
anak yatim untuk kepentingan diri
sendiri ataupun orang lain hukumnya
berdosa besar.

28. Menipu Dalam Jual Beli
Perbuatan menipu ini adalah melibatkan
amalan timbang atau sukat sesuatu
barang tanpa kadar yang mencukupi
atau menjual barangan yang rosak
dimana, menimbulkan rasa kecewa dan
tidak puas hati pembeli pada akhirnya.

29. Menangguh Pembayaran Hutang
Hutang adalah wajib dibayar. Sabda
Rasulullah SAW: “Demi yang jiwaku ada
ditangan-Nya, seandainya seorang laki-
laki terbunuh di jalan Allah, kemudian
dihidupkan lagi, lalu dia terbunuh lagi
dua kali, dan dia masih ada hutang,
maka dia tidak akan masuk syurga
sampai hutang itu dilunaskan.” (HR.
Ahmad)

30. Membuka Rahsia Orang Lain
Suka mencari-cari keaiban dan rahsia
orang lain dan kemudian menyebarkan
dan mewar-warkan keburukan dan
kelemahan itu samada di dalam majlis
rasmi dan kuliah ataupun dengan cara
menyampaikan daripada individu
kepada individu.

31. Bergaul Dengan Orang Yang
Memperolok Al-Quran
Firman Allah SWT: “Dan jika kamu
tanyakan kepada mereka (tentang apa
yang mereka lakukan itu), tentulah
mereka akan menjawab, “Sesungguhnya
kami hanyalah bersenda gurau dan
bermain-main saja.” Katakanlah:
“Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya
dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-
olok?” Tidak usah kamu meminta maaf,
kerana kamu telah kafir sesudah
beriman.” (Surah At-Taubah; ayat
65-66).

32. Berasa Aman Daripada Murka
Allah Apabila Melakukan Dosa
Apabila seseorang melakukan dosa dan
merasa selamat dari kemurkaan dan
seksaan Allah, maka anggapan ini
adalah berdosa besar dan amalan orang-
orang munafik.

33. Bermuka-Muka
Sikap penuh kepura-puraan menjadi
musuh kerana sifatnya menjadi gunting
dalam lipatan, api dalam sekam, duri
dalam daging, talam dua muka, gergaji
dua mata dan lidah bercabang dua.
Sesungguhnya suatu yang paling ditakuti
terhadap apa yang aku takut menimpa
ummatku ialah semua munafiqin yang
petah lidahnya.

34. Memanggil Orang Dengan Gelaran
Buruk Yang Tidak Disukai
Panggilan yang buruk ialah gelaran-
gelaran yang tidak disukai oleh orang
yang digelari dengan gelaran itu, seperti
panggilan hai fasiq, hai kafir, hai
pelacur, hai penjudi, dan lain-lain.
Lebih-lebih lagi sekiranya orang tersebut
sememangnya beriman dan telah
bertaubat.
“Orang-orang yang beriman seperti satu
jasad, sekiranya satu anggotanya merasa
sakit maka seluruh tubuhnya akan
merasakan sakitnya dan demam.” (Ibnu
Jarir)
Firman Allah SWT: “Neraka Wail
(kecelakaaan yang amat besar) bagi
setiap Luzamah (orang yang mencela
dengan ucapan) dan Huzamah (orang
yang mencela dengan perbuatan).” (Surah Al Humazah: 1)

35. Menuduh Orang Beriman Bodoh
Orang Munafik mempunyai pendirian
yang lemah dan amat sedikit memiliki
ilmu pengetahuan tentang perjara yang
bermanfaat dan memudharatkan.
Justeru, mereka menuduh orang beriman
bodoh atau kurangf ilmu pengetahaun
dalam urusan kehidupan.

36. Memutuskan Silaturrahim
Memisah dan merosakkan hubungan
silaturahim, merosakkan hubungan
sesama keluarga, sahabat handai, sesama
jemaah ataupun organisasi mahupun
sesama masyarakat.

37. Memecahbelahkan Perpaduan
Kaum Muslimin
Menjadi batu api serta membuat laporan
dan menaburkan fitnah sehingga berlaku
perpecahan dan hilang kasih sayang di
kalangan sesama umat Islam.

38. Menyembunyikan Persaksian Pada
Jalan Yang Benar
Sebagai orang yang beriman,umat Islam
tidak seharusnya sedia menjadi saksi
yang palsu atau dusta dalam member
keterangan bagi menyelesaikan sesuatu
perkara pada jalan yang benar.Justeru
itu,berdusta ketika menjadi saksi adalah
golongan orang-orang munafik dan
dibenci oleh Allah SWT.
“Dan janganlah kamu menyembunyikan
perkara yang dipersaksikan itu. Dan
sesiapa menyembunyikannya, maka
sesungguhnya ia adalah orang yang
berdosa hatinya. Dan Allah SWT Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Baqarah:283)

39. Menghalalkan Perkara Yang Haram
Menjadikan matlamat sebagai sasaran
utama sehinggakan sanggup melanggar
batas aqidah, syariat dan akhlak.
Matlamat tidak menghalalkan cara.

40. Menyanjung Dan Memuji Orang
Tanpa Diketahui Keadaan Sebenarnya

41. Membazir Dalam Memanfaatkan
Nikmat Allah
Membuat sesuatu perkara dan keputusan
kemudian merubah semula dalam masa
yang singkat, umpama membina rumah
kemudian diruntuhkan semula.

42. Melakukan Dosa Dan Kemungkaran
Secara Sembunyi
Berpura-pura melakukan kebaikan di
tengah2 orang ramai dan gemar
melakukan kemungkaran di belakang
orang adalah dibenci Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Mereka
bersembunyi dari manusia, tetapi mereka
tidak bersembunyi dari Allah, padahal
Allah beserta mereka, ketika pada suatu
malam mereka menetapkan keputusan
rahsia yang Allah tidak redhai…” (An-
Nisa’: 108)

43. Menghalang Orang Daripada
Mengamalkan Ajaran Islam

44. Menyuruh Yang Mungkar Dan
Melarang Yang Makruf
Mereka (orang munafik) menginginkan
agar perbuatan keji tersiar di kalangan
orang2 beriman. Mereka menggembar-
gemburkan tentang kemerdekaan
wanita, persamaan hak, penanggalan
hijab/jilbab. Mereka juga berusaha
memasyarakatkan nyanyian dan
konsert, menyebarkan majalah2 porno
dan narkotik.

45. Suka Kepada Kesesatan Dan Suka
Menyesatkan Orang

46. Berasa Gembira Apabila Musibah
Menimpa Orang Beriman.
Orang munafik apabila mendengar
berita bahawa seorang ulama yang soleh
tertimpa suatu musibah, dia pun
menyebarluaskan berita duka itu kepada
masyarakat sambil menampakkan
kesedihannya dan berkata: “Hanya
Allahlah tempat memohon pertolongan.
Kami telah mendengar bahawa si fulan
telah tertimpa musibah begini dan
begitu… semoga Allah memberi
kesabaran kepada kami dan
beliau.” Padahal, di dalam hatinya dia
merasa senang dan bangga akan
musibah itu.

47. Membuat kerosakan di muka bumi
Membuat kerosakan di muka bumi
seperti menggondolkan hutan dan bukit
bukau tanpa mengadakan perbaikan.
Firman Allah SWT: “Dan apabila
dikatakan kepada mereka: janganlah
kamu membuat kerosakan di muka bumi,
mereka menjawab: ‘Sesungguhnya kami
orang-orang yang mengadakan
kebaikan.’ Ingatlah, sesungguhnya
mereka itulah orang-orang yang
membuat kerosakan, tetapi mereka tidak
sedar.” (Al-Baqarah: 11-12)

48. Berputus Asa Dalam Menghadapi
Cabaran Hidup

49. Keluh Kesah Apabila Ditimpa
Musibah

50. Mengingkari Takdir Allah SWT
Orang munafik selalu membantah dan
tidak redha dengan takdir Allah SWT.
Sesungguhnya orang yang tidak dapat
menerima kekalahan dan menolak,
membenci atau mengingakari takdir
Allah, tergolong dalam golongan kufur,
rosak iman dan mendapat azab serta
kemurkaan Allah SWT.

Ingatlah Allah SWT berfirman dalamAl-
Quran:

ﺍﻟْﻤُﻨَﺎﻓِﻘُﻮﻥَ ﻭَﺍﻟْﻤُﻨَﺎﻓِﻘَﺎﺕُ ﺑَﻌْﻀُﻬُﻢ ﻣِّﻦ
ﺑَﻌْﺾٍ ۚ ﻳَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ ﺑِﺎﻟْﻤُﻨﻜَﺮِ ﻭَﻳَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ
ﺍﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﻳَﻘْﺒِﻀُﻮﻥَ ﺃَﻳْﺪِﻳَﻬُﻢْ ۚ ﻧَﺴُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّـﻪَ
ﻓَﻨَﺴِﻴَﻬُﻢْ ۗ ﺇِﻥَّ ﺍﻟْﻤُﻨَﺎﻓِﻘِﻴﻦَ ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻔَﺎﺳِﻘُﻮﻥَ
﴿٧٦ ﴿

“Orang-orang munafik lelaki dan
perempuan, setengahnya adalah sama
dengan setengahnya yang lain; mereka
masing-masing menyuruh dengan
perbuatan yang jahat, dan melarang dari
perbuatan yang baik, dan mereka juga
menggenggam tangannya. Mereka telah
melupakan (tidak menghiraukan perintah)
Allah dan Allah juga melupakan (tidak
menghiraukan) mereka. Sesungguhnya
orang-orang munafik itu, merekalah
orang-orang yang fasik.” (Surah At-
Taubah, ayat 67)

ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Ulasan

Catatan Popular