Kisah Pengajaran – “Izinkan Saya Berzina Dengan Anak Pakcik”
Di suatu kawasan perumahan di
pinggir bandar..
Ada satu pasangan kekasih ini
nak keluar berdating.
Setibanya si pakwe di
hadapan rumah makwenya… maka berlakulah
dialog berikut.
Gadis : Masuklah dulu, jumpa
dengan ayah saya.
Teruna : Boleh ke?
Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap
Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama.
Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan
kedatangan si Teruna.
Teruna : Assalamualaikum.
Bapa Gadis : Waalaikumusalam.
Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus
si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik
tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.
Gadis : Mari, duduk kat kerusi ini.
Teruna : Eh..
Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah
si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si
gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir
antara mereka.
Bapa Gadis: Nak jalan kemana hari ni?
Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang
katanya. Barang apa tak taulah saya
Bapa Gadis : Oh..
Teruna : ??
Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si
gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang
belakang membawa air serta biskut kering. Si
teruna senyum kelat.
Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah
sarapan?
Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.
Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.
Teruna : Segan cik. Hehe
Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?
Ibu Gadis: Eh.. Apa ayahnya ni?
Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe
Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir.
Apa orang kata nanti?
Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah,
lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum)
Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit
sangat. Boleh saya tanya cik sikit.
Bapa Gadis : Boleh takde masalah
Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang
hantaran berapa ye?
Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu
Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh
makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni
Teruna : Berapa tu mak cik?
Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25
ke atas pihak lelaki
Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape?
Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..)
Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?
Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat
anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak
perempuan kami, kene lah market sikit. Nak
grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan
harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang
untuk merendahkan harga si gadis.
Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai
tudung?
Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya
Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)
Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak
yang sepatutnya didik anak
Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa
Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik
pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau
ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya
lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik
pandai masak tak?
Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido
pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun
tengahari. Terus makan tengahari.
Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak
kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.
Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun
lambat juga.
Ibu Gadis : Abahnya!
Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak
cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia
baca quran?
Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot
Teruna : Kali terakhir bila?
Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.
Teruna : hmm..
Ibu Gadis : Kenapa?
Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia
solat tak?
Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia
kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.
Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia
cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia
tau solat atau tak?
Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut
wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda
kemerah-merahan menahan amarah.
Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti
masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak
tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-
dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan
pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk
dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala,
bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan
tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu
pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu
kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-
rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan
adalah serendah-rendah mahar.
Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu
si gadis.
Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat
untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan
objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan
serta bermegah-megah dengan apa yang ada.
Terutamanya pada majlis perkahwinan.
Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan
dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai.
Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami,
dan segala dosa anak perempuan sudah mula
ditanggung oleh si suami.
Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada
isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang
berhak melihat, tetapi pada hari pertama
perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja
berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-
olah si suami membayar mahar untuk mereka
sekali.
Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik
rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur
hidup.
Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik
yang rasa grand?
Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut
gembira.
Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa.
Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung.
Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya
yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding
pulak. Setiap mata yang memandang saya akan
dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.
Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah
dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu
tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam.
Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan
kata si teruna itu.
Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap
agama ngan kami.
Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak
cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar.
Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa
agama.
Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu,
ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh
kahwin ngan anak aku!
Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30
lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu
pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?
Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik
sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.
Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik.
Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan
banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah
pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang
meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak
lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk
berkahwin.Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak
diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak
ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya
mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu
serakah dengan berzina. Mula-mula memang
ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang
tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan
sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang
berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.
Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula
Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin
sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin.
kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari
saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik.
Nafsu.. Sebab tu saya dengan rendah hati minta
izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik.
Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia
nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni
ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa
sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja
yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan.
Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.
Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik
pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat
parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak
bagi dia makan
Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa
yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan
perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang
yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( TQS An Nuur 32).
Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah
janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum
tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada
dia.
Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau
benda ni boleh menghalang kami dari melakukan
perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan.
Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.
Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-
kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan
cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan
bapa si gadis mendapat akal.
Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni.
Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka
dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi
kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan
kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena
tangkap basah dan kena nikah paksa dengan
kamu. Mana nak letak muka ni.
Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena
tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia
TAKDE HUDUD, dan kalau untung. Boleh nikah
masa tu jugak. Bagus-bagus.
Bapa Gadis : Serius lah sikit.
Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik,
saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang
walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang
anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi
yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya
pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak
pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau
berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat
menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang
berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia.
InsyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik.
Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab
jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh
camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak
menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah
camtu pakcik.
Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik
kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita
serah pada Allah, kita merancang je.
Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai
10 meter dari surau berdekatan rumah si gadis. Si
teruna memohon untuk ke surau dan mengajak
bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan
ditolak dengan lembut.
Lantas si teruna memberi salam dan memohon
untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat
si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan
segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan
hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi.
Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik
tirai bersama ibunya menitiskan air mata
mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap
ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai
hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam
erat.
Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada
kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke
ruang tamu menghadap ayahnya.
Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni
tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil
lewa abahnya.
Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya.
Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia
pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik
kamu.
Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..
Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan
menaip mesej.
Si teruna yang selesai mengambil wuduk
tersenyum apabila membaca mesej yang baru
sahaja diterima daripada si gadis..
“Andai Allah telah memilih dirimu untukku, aku
redha dan akan terus bersama mu, aku juga akan
terus pada agama yang ada padamu.”
“Petang ni takde mood nak keluar, sorry……..
Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.
p/s: Hanya sekadar cerita untuk di ambil sebagai
iktibar. Ingatlah, apabila seorang lelaki dan wanita
berdua-duaan, syaitan adalah makhluk yang ke
tiga.
Ulasan
Catat Ulasan