FADHILAT SURAH AL-KHAFI 1-10
MENGELAK FITNAH
DAJJAL surah al-Khafi
1-10 rumi
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi
Maha Mengasihani.
Diriwayatkan hadith dari Ma'dan b
Abi Talhah al-
Yakmariyi hadith dari abi Dardak
bahawasanya
Nabi (s.a.w) bersabda:
'Barangsiapa yg hafal
sepuluh beberapa ayat dari ayat-ayat
awal Surah
al-Kahfi, dijaga dia dari kerosakan
Dajjal.' Hadith
Muslim,
Kitab Solat]
Hadis pendek ini menyebutkan
bahawa sesiapa
yg berjaya menghafal 10 ayat
permulaan Surah
al-Kahfi itu (dan dia hafal selama-
lamanya
sehingga mati dia), maka dia
dipelihara oleh
Allah dari ftinah atau huru hara
Dajjal yg akan
diwujudkan Allah ketika dunia
hampir kiamat.
Salah satu tanda akan kiamatnya
dunia adalah
turunnya seorang makhluk yang
disebut Dajjal
yang akan bermaharaja lela di dunia
sebelum
kiamat dunia.
Ketibaan Dajjal adalah
satu
daripada tanda-tanda dunia akan
kiamat.
Fitnah Dajjal disebut oleh
nabi s.a.w sebagai
fitnah yang terbesar akan menimpa
manusia.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda
(yang bermaksud) : “
Sejak
penciptaan Adam
sehinggalah terjadinya kiamat tidak
ada perkara
lain yang lebih besar dari
Dajjal.”
(Hadis riwayat Muslim)
(Surah al -Khafi 1-10)
Audzubillahi minasyaitan nirrajim
Bismillahirrahmanirrahiim~
1. alhamdu lillaahilladzii anzala
'alaa 'abdihi
lkitaaba walam yaj'al lahu Aiwaja
2. Qayyiman liyunth ira ba/san
shadeedan min
ladunhu wayubashshiraalmu/
mineena
allath eena yaAAmaloona al ssaliha
ti anna lahum
ajran hasana n
3. maakitsiina fiihi abadaa
4. wayundziralladziina qaaluu
ittakhadzallaahu
waladaa
5. maa lahum bihi min 'ilmin walaa
li-aabaa-ihim
kaburat kalimatan takhruju min
afwaahihim in
yaquuluuna illaa kadzibaa
6. fala'allaka baakhi'un nafsaka
'alaa aatsaarihim
in lam yu'minuu bihaadzaa lhadiitsi
asafaa
7. innaa ja'alnaa maa 'alaa l-ardhi
ziinatan lahaa
linabluwahum ayyuhum ahsanu
'amalaa
8. wa-innaa lajaa'iluuna maa
'alayhaa sha'iidan
juruzaa
9. am hasibta anna ash-haaba lkahfi
warraqiimi
kaanuu min aayaatinaa 'ajabaa
10. idz awaa lfityatu ilaa lkahfi
faqaaluu rabbanaa
aatinaa min ladunka rahmatan
wahayyi' lanaa min
amrinaa rasyadaa.
<MAKSUDNYA>
Dengan nama Allah, Yang Maha
Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah yang
telah
menurunkan kepada hambaNya
(Muhammad) Kitab suci Al-Quran,
dan tidak menjadikan
padanya sesuatu yang bengkok (terpesong) (Al-Kahfi 18:1)
(Bahkan keadaannya) tetap benar
lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran
(kepada orang-orang yang ingkar)
dengan azab yang seberat-beratnya
dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada
orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka akan
beroleh balasan yang baik.
(Al-Kahfi 18:2)
Mereka tinggal tetap dalam
(balasan yang baik) itu selama-lamanya.
(Al-Kahfi18:3)
Dan juga Al-Quran itu memberi
amaran kepada orang-orang
yang berkata:" Allah mempunyai anak". (Al-Kahfi 18:4)
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai
sebarang pengetahuan mengenainya,
dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka;
mereka hanya mengatakan perkara
yang dusta. (Al-Kahfi 18:5)
Maka jangan-jangan pula engkau
(wahai Muhammad),
membinasakan dirimu disebabkan
menanggung dukacita terhadap
kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
(Al-Kahfi 18:6)
Sesungguhnya Kami telah jadikan
apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahfi 18:7)
DAN SESUNGUHnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah)
sebagai tanah yang tandus.
(Al-Kahfi 18:8)
Adakah engkau menyangka
(wahai Muhammad)
bahawa kisah "Ashaabul Kahfi"
dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?
(Al-Kahfi 18:9)
(Ingatkanlah pe ristiwa)
ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa:
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami
rahmat dari sisiMu,
dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan agama kami".
(Al-Kahfi 18:10)
Ulasan
Catat Ulasan